BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 1, 2011

Vamos Chelsea!!


Haha.Haha.Haha.Nice. Tengok gambar macam orang nak gaduh? haha. bukan. Ayat mudah? Chelsea menang. Yay. Hooray. It is just getting better. Selepas berjaya mendapatkan khidmat Torres dan David Luiz, Chelsea berjaya merekodkan kemenangan 2-4 apabila berkunjung ke Sunderland pagi tadi. OK. Tuan punya blog ini pun perlu bersetuju bahawa perlawanan di stadium of Light pagi tadi menentang Sunderland adalah perlawanan paling menarik sejak kemenangan menentang Arsenal di Stamford Bridge beberapa bulan lepas. Nice. Just what we need. Selepas prestasi buruk dan permainan tidak bermaya yang ditunjukkan oleh pemain chelsea dalam 3 bulan yang lepas, Chelsea kembali menunjukkan gaya permainan yang intensif dan pantas. Chelsea bermain advance 4-3-3 dengan Cech, Bosingwa, Terry, Ivanovic dan Cole di bahagian pertahanan. Dengan meletakkan Mikel di depan 4 defender, Essien dan Lampard diberi tugas untuk mencorak permainan Chelsea dan mencipta peluang untuk Drogba, Anelka dan Kalou.



Tetapi, Chelsea ketinggalan seawal minit ke-4, sebelum Lampard menyamakan kedudukan apabila menyempurnakan sepakan penalti. Kalou berjaya meletakkan Chelsea di depan tetapi kesilapan dan kecuaian penjaga gol dan benteng pertahanan membolehkan Sunderland menyamakan kedudukan.



tapi, yang pelik sebenarnya, Terry yang sepatutnya main di posisi defender tengah selalu naik atas buat kacau dalam penalti box Sunderland. what the hell? kau nak jadi striker ke terry? Tapi tuan punya blog ini paham sebenarnya apa Terry nak buat. lead by example. follow my action lads. ok. nice goal by the way. haha. apapun, lepas tu chelsea dah tak toleh belakang dah. tengok depan je. lepas tu Anelka score. Nice. very nice.haha. haha. haha. OLE!!



szólj hozzá: Su2-3Ch[matchhighlight.com]

no copyright infringement intended

No comments:

Post a Comment