Dalam sibuk-sibuk cari jersi/kit/baju yang smart-smart, lawa, gempak dan sewaktu dengannya, jumpa la third kit Liverpool 2011/2012. selepas merah dan hitam menjadi warna pilihan untuk baju pertama dan kedua, Liverpool memilih untuk menggunakan baju warna putih dengan ada strip warna biru. er, aku pun tak confirm sebab aku buta warna. haha
Semua orang tahu sekarang sponsor baju liverpool adalah ADIDAS dan baru je Liverpool secara rasminya menunjukkan baju ketiga yang akan dipakai untuk musim depan. jadi baju ni berteraskan baju time zaman 1980 sebab ada diagonal stripe. cari punya cari, ni antara contoh baju/kit Liverpool masa zaman 80an dorang. tak tahu la design mana dorang amik untuk third kit baru dorang ni.
yang ni kot?
walauapapun, ini la third kit terbaru Liverpool untuk musim 2011/2012. lawa? haha untuk peminat Liverpool mungkin tidak. bagi kita, ataupun peminat Liverpool di Malayisa, kita bukan la fan yang berasal dari Liverpool. mungkin bagi peminat Liverpool dari sini akan rasa bengang, marah, geram, tak puas hati ngan Everton sebab everton merupakan rival ataupun seteru utama bagi Liverpool. tapi bagi mereka yang betul-betul berasal dari Liverpool, Merseyside ini, warna biru merupakan 'haram' (bukan nak main2 tentang hukum, hanya untuk metafora) untuk mereka. jadi, apa agaknya semua fan liverpool ni rasa bila pakai baju yang ada warna biru? haha
Gerrad pakai nampak lawa je? haha..tapi bagi die hard fan liverpool, warna biru-putih memang dah sinonim dengan liverpool walaupun sekarang warna merah merupakan warna rasmi bagi The Reds. sebab 120 tahun dulu, warna biru-putih merupakan warna 'home' bagi liverpool sebelum tahun 1964. sebab tahun 1964 apabila mereka menukarkan jersi mereka kepada warna merah sepenuhnya. dan sape tahu dulu HITACHI pernah jadi sponsor untuk baju liverpool? haha
p/s: fan liverpool mesti beli punya. sebab dorang kan fan. haha..cuma agak-agak, bila dorang gi lawan everton kat goodison park, pakai baju ni, fan dorang akan ada krisis identiti tak? haha..haha..hahahahaha OLE..
credit to liverpoolkits.com and liverpoolfc.tv
No comments:
Post a Comment