Bol. Apa tu? Kat Sarawak orang tak panggil bola. Tapi bol. Bol=ball. Haha. Ok, ada orang Tanya nape lelaki suka main bola. Jawapan dia, kenapa perempuan suka mekap dan shopping? Ada lagi perempuan suka tanya nape lelaki suka tengok bola. Jawapan dia, dah perempuan tak bagi lelaki tengok dorang. Ok, ada lagi jawapan yang lagi munasabah sebenarnya dari ni, tapi sebenarnya, bola sepak memang sukan paling diminati di dunia ni kecuali di Amerika je lagi suka tengok dan main American football. Tapi football gak kan?
Ok. Senang citer, apa itu bola sepak. Bola sepak adalah sukan yang mengunakan bola yang perlu dijaringkan ke dalam gol pihak lawan dengan cara menyepak, menanduk atau mengunakan anggota badan yang lain kecuali bahagian tangan. Ni definisi tuan punya blog ni sendiri. Nak tau definisi bola yang official? Rujuk la laman web fifa. Nampak senang? Haha. Kalo senang tak ada la perlawanan bola sepak yang seri.
Sukan bola sepak ni sebenarnya dah wujud lama dah. Tapi tak payah la nak timbulkan hal sejarah di sini sebab mesti ramai yang tido dalam kelas sejarah masa sekolah kecik-kecik dulu kan. Yang penting sekarang, untuk memahami apa tu bola sepak dan kenapa ramai lelaki suka main dan tengok bola sepak, mesti la kena paham dulu rules dan peraturan bola sepak.
Basically, bola sepak ini dimainkan oleh 11 pemain menentang 11 lagi pemain didalam satu padang yang ada dua gol. Satu skuad bola sepak wajib ada 18 orang. 11 pemain utama dan 7 orang pemain simpanan. Dalam skuad pemain utama, setiap team perlu ada:
1-penjaga gol
2-pemain pertahanan
3-pemain tengah
4-penyerang
jadi setiap pasukan, mesti ada sorang penjaga gol. Berapa jumlah pemain pertahanan,tengah, atau penyerang yang diperlukan? Ni semua bergantung pada taktik dan formasi pasukan masing-masing. Kalau coach team tu nak letak sorang penjaga gold an 10 orang penyerang, pun boleh. Tapi 4-4-2 adalah formasi paling klasik dalam sejarah bola sepak. 4-pertahanan, 4 pemain tengah dan 2-penyerang. Tak kisah la nak guna taktik apa, janji boleh sumbat gol dalam gol lawan.


Jadi apa yang wat bola sepak ni menarik? Dulu mak tuan punya blog ni selalu kata orang main bola ni semua bodoh. Nape? Alasan dia 22 orang berebut 1 bola adalah tindakan yang tak logic dan tak munasabah. Erk. Bila fikir balik, betul gak apa yang diutarakan oleh seorang ibu itu. Kalau dulu main bola time kecik-kecik, sume kejar bola macam lalat terbang kat taik.sepak je, janji kena. Tapi bila makin besar, persepsi dan pandangan budak-budak ini berubah. Bola sepak adalah seni. Bola sepak adalah matematik. Bola sepak adalah fizik. Bola sepak adalah pure beauty. Bola sepak adalah excitement dan kegembiraan.
Bola sepak adalah seni. Tak percaya? Tengok ni.
Fuh. Sape boleh buat ini memang gempak. Ronaldinho, messi, ronaldo gemok, zidane, ronaldo dan list nama ni tak akan habis. Untuk buat skill macam ni memerlukan latihan, imaginasi, bakat, speed dan seni. Haha.haha.
Bola sepak adalah matematik. Sape kata statement ni macam orang bangang, anda boleh duduk diam dan baca sampai habis. Ada satu berita dalam paper dalam 4-5 tahun lepas menjelaskan bahawa pemain bola sepak negara kita tidak dapat bermain dengan baik kerana lemah dalam matematik. Tak caya? Cari la sendiri. Tapi sebenarnya, matematik memang asas yang penting dalam bola sepak selepas bakat, teknik, latihan dan kesungguhan. Tengok fabregas, xavi dan perancang tengah yang lain. Sebelum mereka menerima dan menghantar bola, mereka seakan-akan mempunyai vision yang mengira kebarangkalian dan peratusan setiap hantaran sebelum mencipta peluang untuk menjaringkan gol.
Haha. Dah percaya?
Bola sepak adalah pure beauty, excitement dan kegembiraan. Bola sepak adalah segala-galanya. Utuk memahami benda ni, semua orang kena masuk stadium dulu. Masuk la stadium masa Kelantan lawan Negeri Sembilan untuk Final piala Malaysia. Tengok la suasana semasa Gerrad mengoncang piala Champions League selepas menang penalti lawan AC Milan. Rasa la suasana dalam stadium apabila pasukan faveret anda menjaringkan gol. Priceless!! Haha.haha.haha.haha.haha.OLE!