jasad dia sampai di rumah dari hospital semasa azan maghrib tengah berkumandang. aku tak nampak pun ayah aku menangis. dalam, luar, belakang, kat dapur, kat depan jalan raya penuh ngan orang. famili jauh,dekat, member-member ayah, emak, jiran, sedara yang aku tak kenal, semua ada. ramai datang salam, peluk ayah, tapi dia langsung tak nangis. tak tahu kenapa, ayah nak kebumikan jasad arwah malam tu juga. lepas mandi, kapan, semua ahli keluarga diberikan peluang terakhir untuk melihat jasad arwah. aku peluk, cium dan minta maaf walaupun tahu semua tu dah terlambat. ayah? dia datang, cium dahi arwah, tapi dia tak nangis. Dia just senyum. dia cakap wajah arwah sama macam masa dia tido. ayah sebelum dia tidur, dia akan jenguk anak-anak dia satu persatu. masuk bilik, buka lampu, check tingkap, pasang ubat nyamuk, then baru la dia masuk bilik dia. dab sekali lagi, dia sikit pun dia tak nangis.
Masa bawa keranda, dia angkat tempat pemegang yang paling depan. Dari rumah sampai ke tanah perkuburan, tak pernah bergilir dengan sape-sape. masa orang kambus liang lahad tu, dia yang jadi orang pertama yang masukkan tanah dalam liang lahad. dan tak setitik pun air mata dia jatuh. Bila semua hampir siap, sempurna dan selesai, hujan tiba-tiba turun renyai-renyai semasa imam sedang membacakan tahlil. Tapi, imam tu tetap selesaikan perlahan-lahan atas permintaan ayah. Bila semua dah selesai, semua balik, menuju ke rumah. Ayah dan aku antara yang paling terakhir pulang. Aku nangis. Walaupun air hujan turun, aku tahu ayah tak menangis. Aku respect, tabik, apa lagi tanda hormat yang boleh buat, aku nak buat sebab dia tabah. Tabah sangat.
Malam tu, masa aku buka peti ais, ada ais kat tempat sejuk beku yang paling atas. Jadi tengah hari tadi, memang ada ais dalam peti sejuk rumah aku. Aku diam tak tahu nak kata apa-apa Cuma terfikir, dah takdir. orang kata, ajal dia. tapi tidak bagi ayah sebab bila ayah tengok ais tu dia nampak dia rasa bersalah sangat. Mata dia merah, air mata dia berubah, bergenang air mata dia, tapi, dia masih tak nangis. Dia tahan, dia pergi amik whuduk dan solat isyak. Aku? Aku nangis lagi. Sebak, sedih, pilu, terkilan. Pada malam raya, arwah sempat berpesan kepada kazen aku supaya menjaga dan menghidupkan pelita apabila dia dah tak ada nanti. Time tu, semua orang ingat dia pesan tu sebab kami, satu family nak beraya di kampung. tapi rupa-rupanya, dia memang tinggal pesan sebab dia nak pergi untuk selama-lamanya. sampai sekarang, walaupun hujan, dari hari pertama puasa, rumah kami akan dikelilingi pelita. kalau orang tengok, mereka akan cakap 'wah meriah, semangat giler betul nak raya'. Dan malam tu, bila ayah dengar citer ni, dia bangun dari kerusi, amik rokok, pergi ke beranda dan hisap rokok sambil termenung jauh. Dia tak nangis. Langsung tak nangis.
Kami sekeluarga buat tahlil 7 hari 7 malam untuk arwah walaupun ramai yang bijak pandai agama, imam, menyarankan atau memberitahu supaya tidak perlu untuk membuat majlis tahlil. Sebabnya, si arwah belum baligh. Di sisi Allah, dia masih suci, putih umpama kain yang belum dicorakkan. Dan kerana untuk membuat tahlil memerlukan belanja yang agak banyak, imam-imam ni menasihatkan supaya mebuat tahlil secara kecil-kecilan. Tapi ayah, hahaha, dia tak dengar. malah, dia tak kan dengar apa orang cakap. Bila dia kata dia nak buat, dia akan buat. Dia tak kan ubah fikiran sebab dia memang jenis macam ni. Tetap dengan pendirian. Orang kampung kata dia bodoh, tapi tak sape tahu apa yang dia rasa.
Selepas cukup seminggu arwah meninggal, majlis tahlil dah habis, rumah jadi sunyi. Tak ada lagi bunyi orang memasak, orang bertahlil, suara kanak-kanak bermain. Tak ada. Rumah betul-betul jadi sunyi. Dan rumah aku betul-betul rasa kehilangan yang amat sangat. 2-3 hari selepas majlis tahlil 7 hari 7 malam tamat, ayah aku bersendirian dalam bilik arwah. Bilik ni, kami kongsi bertiga. Kami anak-anak 1st generation mak ayah. Lama dia duduk dalam bilik tu. Lepas berapa lama kemudian, mak pun masuk dalam bilik tu. Aku ingat lagi, masa tu petang. Dan secara tak sengaja, masa aku nak masuk bilik aku untuk amik tuala, aku dengar ayah aku nangis. Akhirnya dia nangis juga. Dah lama dia tahan. Hampir dua minggu dia tahan sebak di dada dia, hampir dua minggu dia tahan tak nak luahkan apa yang dia rasa.
Dan ni luahan apa yang dia cakap. Tak ada tokok tambah. Dia menangis masa luahkan semua ni kat mak. aku menyorok di belakang pintu.
‘ayah sedih. Ayah sedih sangat. Kenapa hari tu ayah tak sedar dalam peti ais tu memang dah ada ais. Kenapa? Kenapa. Orang kata tak baik persoalkan takdir, tapi ayah sedih, rasa bersalah. hari tu, ayah lari kebelakang. bukan takut tengok anak nak mati, tapi kalau ayah kedepan dan tengok dia terbaring di jalan raya macam tu, ayah bunuh mat motor tu. ayah sedih. ayah takut tak dapat tahan marah. tapi, Apa yang buat ayah lagi sedih, ayah tak dapat peluang untuk cakap kat dia betapa sayangnya ayah kat dia. Ayah rotan dia, pukul dia sebab nak jadikan dia manusia satu hari nanti. Ayah marah dia sebab ayah sayangkan dia. Tapi sebagai ayah, ayah tak mampu nak luahkan ‘ayah sayang kamu nak’. Sebab ayah, adalah ayah. Ayah lelaki. Ayah tak pandai nak cakap semua ni depan anak-anak ayah. Ayah tak pandai. Ayah sayang dia tapi ayah tak dapat luahkan rasa sayang melalui ucapan, tapi hanya dengan perbuatan ayah. Sedih. Ayah langsung tak dapat nak ucapkan rasa sayang tu. Sampai bila-bila dia tak akan tahu ayah sayangkan dia. Ayah takut. Bila tengok muka anak-anak yang lain, ayah takut mereka pergi tanpa sempat tahu betapa ayah sayangkan mereka’
Panjang lagi apa yang dia luahkan. Tapi, aku sendiri sebagai anak tak mampu untuk mendengar. sebak. petang tu, dia tidur di katil arwah. Betapa sayang seorang ayah kepada anak-anak sampaikan dia tak mampu untuk mengucapkan ‘ayah sayang kamu nak’ sebab dia tak nak kelihatan lemah di depan anak, dia tak nak anak-anak tengok dia sebagai ayah yang ada hati yang lembut dan penyayang. Dia rela menjadi ‘orang jahat’ yang suka marah-marah, yang memberi hukuman dan dan yang selalu merotan anak-anak semata-mata untuk mendidik anak-anak hingga menjadi seorang ‘manusia’.
Selepas kejadian ni, ayah jadi ‘lemah’ bila berdepan dengan anak-nak dia. Aku, anak no.2, dan arwah merupakan 1st generation anak-anak mak ayah aku. Kami diajar betapa susah nya hidup ni. Kami diajar dengan ‘conditional learning theory’, buat salah dihukum teruk, tapi bila mengecap kejayaan dan berbuat baik, mereka hanya senyum dari jauh. Tapi dengan senyuman tu, dah cukup untuk kami adik beradik. Dan,sekarang ada 2nd generation anak-anak ayah dan mak. Adik-adik aku selepas arwah, iaitu aida, zaini dan ain, dimanjakan dengan penuh kasih sayang. Ain, adik bongsu, lahir selepas mak dan ayah membuat keputusan untuk mempunyai seorang lagi anak untuk mengubat kesedihan dan kesunyian mereka. Aku tak rasa sunyi sangat sebab dari tingkatan satu, tak banyak masa yang aku luangkan dirumah kerana aku belajar jauh dari keluarga. Anak-anak 2nd generation tak pernah rasa macam mana perit bila dirotan. Mereka tak pernah rasa malu bila ditengking di khalayak ramai. Dan tak pernah rasa pedih apabila mandi selepas disebat. Sebabnya, ayah tak nak anak-anak rasa lagi keperitan dan kepedihan dirotan. Apa sahaja permintaan mereka, ayah akan tunaikan, sebab ayah tak nak mereka kempunan dan ayah tak nak, jika itu permintaan terakhir mereka tidap dapat ditunaikan.
Sayang. Bagi seorang ayah, mungkin itu perkataan paling berat untuk diucapkan kepada anak-anak. Bagi ayah orang lain mungkin tidak, tapi bagi ayah aku, dia tak tahu mengucapkan perkataan sayang kepada anak-anak. Walaupun dia sayang sangat-sangat kepada semua anak-anak dia, dia tak pandai nak tunjuk dan expresi kan sayang tu untuk anak-anak. Dan aku, di sini, hari ini masih segan untuk mengucapkan ‘ayah, aji sayangkan ayah’. Tapi bila aku teringat peristiwa ayah menangis, aku tahu aku perlu mengucapkan perkataan sayang tu. Sebab, aku harap, bila aku cakap ‘aji sayang kat ayah, sayang sangat’, dia akan sedar yang aku tahu yang dia sayangkan aku. supaya aku dapat ringankan beban dia. supaya aku dapat redakan ketakutan dia. Mungkin jika ada anugerah bapa terbaik di dunia ni, dia tak akan menang anugerah tu. Sebab, dia kata dia terlalu banyak kesilapan yang dia buat. Tapi, ayah mana yang tak pernah buat kesilapan? Dia adalah ayah yang terbaik di dunia, dia, dan bukan mana-mana ayah lain di dunia. Bagi aku tak ada father’s day di dunia ni. Sebab, yang ada hanyalah my father’s day. Bukan hari bapa-bapa sedunia. Tapi hanyalah hari bapa untuk ayah aku. Bukan untuk merendahkan martabat ayah-ayah lain yang ada di dunia ni, tapi hanyalah sebagai penghargaan untuk dia, untuk apa yang dia dah rasa, untuk apa yang dia tanggung, dan untuk apa yang dia dah buat untuk besarkan anak-anak dia. Satu lagi sebab, ni blog aku. Jadi hari bapa hanyalah untuk ayah aku. Father day is only for my father. Dan bila 19hb jun 2011 ini menjelang, tanpa ragu-ragu, aku akan cakap kat dia,
“AYAH, AJI SAYANG KAT AYAH, SAYANG SANGAT-SANGAT. SELAMAT HARI BAPA AYAH.”
p/s: pergh.....panjang sial nya..kalau ada sesiapa yang baca, kalau ada la, jangan marah sebab panjang sangat he3.
true story. Al-Fatihah untuk Muhammad Adri Azli. Adawiah